fbpx

United sedia tunai permintaan Solskjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOODWARD mengakui United sedia menunaikan permintaan Solskjaer pada jendela perpindahan musim panas nanti. – AFP

MANCHESTER – Manchester United menerima suntikan semangat menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham United di Stadium London awal pagi esok.

Naib Pengerusi Eksekutif The Red Devils, Ed Woodward berjanji pihak pengurusan sedia menunaikan sebarang permintaan daripada pengurus, Ole Gunnar Solskjaer berhubung pembelian pemain baharu.

Katanya, pihak pengurusan sentiasa memandang serius isu pengambilan pemain dan sedia untuk melakukan pelaburan besar pada jendela perpindahan musim panas tahun depan.

“Kami tahu masih banyak kerja yang perlu dilakukan bagi memastikan pasukan ini menampilkan aksi lebih konsisten serta bersaing untuk mendapatkan piala.

“Bagaimanapun, saya lihat banyak perkara positif di padang latihan terutamanya dari segi latihan yang dikendalikan Ole (Solskjaer). Semua pemain me­nunjukkan perkembangan yang baik,” kata Woodward.

Pada masa sama, beliau yang juga ahli lembaga Persatuan Kelab Eropah menegaskan, ­United tidak bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan Liga Super Eropah.

“Kita harus fokus pada liga-liga sedia ada dan saya percaya banyak pasukan yang sependapat dengan United. Sejak me­nyertai persatuan ini, fokus kami hanyalah untuk meningkatkan kualiti liga domestik dan Liga Super Eropah hanya akan menambah kesulitan,” ujarnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI