fbpx

UMNO Sabah nyatakan pendirian tidak letak calon PRK Bugaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Mokhtar (tengah) sewaktu sidang akhbar selepas mempengerusi Mesyuarat UMNO Sabah baru-baru ini.

KOTA KINABALU – UMNO Sabah menyatakan pendirian tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya bulan depan.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat UMNO hari ini.

“Keputusan ini mengambil kira kedudukan kerusi terbabit yang tidak ditandingi UMNO ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September lalu.

“Kita juga mahu memaklumkan semua keputusan yang diambil adalah sebulat suara membabitkan UMNO Sabah tanpa campur tangan UMNO Pusat,” katanya.

Bung berkata demikian sewaktu sidang akhbar selepas mempengerusi Mesyuarat UMNO Sabah sebentar tadi.

Dalam pada itu, ditanya sama ada pihaknya menyokong sekiranya darurat diistiharkan di DUN Bugaya, beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menyatakan UMNO Sabah bakal menyokong tindakan itu.

“Jika PRK Bugaya ditangguhkan disebabkan pengistiharan darurat seperti Parlimen Batu Sapi untuk mengelakkan penular wabak Covid-19, kita pastinya akan bersetuju.

“Hal ini kerana keutamaan kita adalah nyawa dan keselamatan rakyat,” katanya.

PRK Bugaya perlu diadakan ekoran penyandangnya, Datin Manis Muka Mohd. Darah meninggal dunia pada 17 November lalu.

Sementara itu, Bung Moktar memaklumkan UMNO Sabah menerima kemasukan semula lima bekas pemimpin parti terbabit yang meninggalkan UMNO selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Semua pemimpin berkenaan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak; ADUN Sugut, Datuk James Ratib; bekas ADUN Pitas, Datuk Bolkiah Ismail; bekas ADUN Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail dan bekas ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI