fbpx

Tiga pemimpin PH Perak tiba di Istana Kinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang membawa Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak di Ipoh, hari ini.-Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak tiba di Istana Kinta di sini pada pukul 10.40 pagi untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming tiba menaiki kereta jenis Toyota Vellfire diikuti Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Asmuni Awi.

Difahamkan, ketiga-tiga pemimpin tersebut memohon menghadap Sultan Perak susulan keputusan usul undi percaya ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semalam.

Dalam undian daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu, Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan.

Berdasarkan keputusan undian, sebanyak 48 undi menolak usul percaya berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru dari UMNO, Abd. Manaf Hashim.

Semalam, Ahmad Faizal menghadap Sultan Perak bagi menyembah maklum situasi terkini kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak berikutan keputusan usul undi percaya terhadap beliau yang diputuskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Turut menghadap Sultan Nazrin semalam ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI