fbpx

Tak ada masalah, kami masih bercinta – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick menafikan dakwaan netizen bahawa dia kini dalam fasa mengubati kekecewaan akibat putus cinta.

Sebaliknya kata pengacara Melodi itu, dia sememangnya tidak berdepan sebarang masalah, sama ada dalam percintaan mahupun karier seni.

Menurut Janna atau nama pemilik sebenar, Nurul Janna Muner, 25, hubungan cintanya bersama pelakon Dini Azan Schatzmann masih harmoni seperti biasa.

“Mana ada saya padam gambar-gambar Dini dalam akaun Instagram. Hubungan kami okey dan tidak ada sebarang masalah. Saya akui memang agak jarang memuat naik gambar kami menerusi laman sosial kerana tidak ada momen penting untuk dikongsikan.

PERKONGSIAN Janna yang mengundang persoalan netizen.

“Saya hanya akan muat naik gambar kami berdua jika ada majlis istimewa sebagai contoh sambutan hari jadi. Pada saya, media sosial ini adalah profil kerjaya dan itu pilihan saya, sama ada mahu berkongsi aktiviti seni atau peribadi dalam Instagram.

“Bagaimanapun tidak semua hal peribadi akan saya kongsikan. Apa yang ditonjolkan dalam media sosial tidak menggambarkan keperibadian sebenar. Kalau netizen nak menghakimi berdasarkan laman sosial, mereka silap,” kata Janna kepada K! Online.

Terdahulu, sekeping gambar dengan kapsyennya yang berbunyi, melepaskan bukan bermaksud berputus asa (letting go doesn’t mean giving up) telah mengundang spekulasi netizen yang mendakwa hubungannya bersama Dini telah berakhir.

Malah, penampilan Janna yang tampak seksi kebelakangan ini turut menjadi perbualan hangat warga siber yang seperti menguatkan lagi dirinya sedang dalam fasa ‘move on’ atau pemulihan diri. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI