PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Labuan ditamatkan bermula esok kecuali di beberapa kawasan yang dikenal pasti masih mengalami peningkatan kes positif Covid-19.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah bagaimanapun dilanjutkan sehingga 20 Disember ini berdasarkan penilaian risiko jangkitan Covid-19 yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Bagi Johor, PKPB di Mersing ditamatkan, tetapi PKPB di Kota Tinggi dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020. PKPB akan turut dilaksanakan di Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai mulai 7 sehingga 20 Disember 2020,” katanya pada sidang akhbar hari ini. -K! ONLINE