fbpx

Pekan Rantau Panjang mula dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air Sungai Golok mula melimpah masuk ke kawasan rumah penduduk di Pekan Lama Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Air Sungai Golok mula melimpah masuk ke beberapa kawasan rendah di Rantau Panjang sejak awal pagi tadi.

Portal infobanjir.water.gov.my setakat pukul 8 pagi tadi menunjukkan bacaan paras air Sungai Golok sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.59 meter.

Antara kawasan terjejas akibat limpahan air Sungai Golok ialah Kampung Kubang Chenok, Jalan Sekolah Cina dan Pekan Lama Rantau Panjang.

Seorang penduduk Pekan Lama Rantau Panjang, Mohamad Naziz Abdul Zaman, 43, berkata, air Sungai Golok mula melimpah masuk ke kawasan itu secara perlahan-lahan pada pukul 1 pagi tadi.

Menurutnya, dia dan penduduk mulai bimbang kerana air Sungai Golok menunjukkan peningkatan yang agak cepat meskipun cuaca berada dalam keadaan baik.

“Jika hujan turun dengan lebat dan tanpa berhenti, tidak mustahil Pekan Rantau Panjang akan ditenggelami banjir,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail menasihatkan penduduk supaya segera membuat persiapan awal untuk berpindah.

Menurutnya, persiapan awal itu akan melancarkan tugasan operasi penyelamat terutama ketika negara berdepan penularan wabak Covid-19.

“Kita sudah melakukan proses sanitasi di pusat pemindahan sementara (PPS) sebagai langkah mencegah penularan wabak itu,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI