fbpx

LKIM peruntuk RM100,000 untuk industri siput sudu di Sungai Tiram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED Abu Hussin (dua dari kanan) mengangkat tali yang menjadi tempat penghasilan siput sudu di Sungai Tiram, Bukit Gantang hari ini.- FOTO WAT KAMAL ABAS

BUKIT GANTANG – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperuntukkan sejumlah RM100,000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Tinggi bagi melaksanakan ternakan siput sudu di Sungai Tiram bermula awal tahun hadapan.

Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal berkata, projek ternakan siput sudu atau kupang itu merupakan projek pertama di wilayah zon utara.

“LKIM mempunyai dana serta boleh memberikan khidmat nasihat bagi membantu persatuan nelayan di sini menceburi agro perikanan yang berpontensi besar ini.

“Malah PNK Sungai Tinggi juga telah memulakan penternakan siput sudu ini sejak empat tahun lalu dan sudah tentu mereka mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk menjayakan projek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan ke kawasan penternakan siput sudu di Sungai Tiram di sini hari ini.

Tambah Syed Abu Hussin, setakat ini para nelayan di sini mampu menghasilkan kira-kira setengah tan siput sudu seminggu bagi keperluan pasaran tempatan namun ia masih belum mencukupi.

“Justeru beberapa pusat penternakan siput sudu akan dibina bagi memenuhi permintaan pasaran dan dijangka dapat menghasilkan kira-kira 1.5 tan siput sudu seminggu.

“Siput sudu memerlukan masa selama enam bulan bagi membolehkan hasilnya dapat dituai dan untuk menjadi pusat pengeluarannya, ia memerlukan kitaran pusingan yang betul dalam memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, industri siput sudu ini akan membuka ruang pekerjaan kepada penduduk di kawasan tersebut dan membantu mereka yang terjejas akibat Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI