fbpx

Kumpulan Sanjev aktif pecah rumah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khaizam (dua dari kanan) menunjukkan barangan yang dirampas polis daripada Kumpulan Sanjev yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan samun di sekitar Sungai Siput.

SUNGAI SIPUT – Kumpulan Sanjey yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan pecah rumah di daerah ini tumpas selepas polis menahan empat anggota kumpulan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, keempat-empat mereka berusia 20 hingga 33 tahun yang merupakan ahli kumpulan Sanjev ditahan dalam operasi yang dijalankan sejak akhir Oktober lalu.

“Dua suspek berjaya ditahan polis di tepi bangunan Arked Mara di sini pada pukul 12.12 tengah hari 28 Oktober lalu.

“Polis kemudian berjaya menahan dua lagi anggota mereka dalam operasi yang dijalankan kelmarin dan semalam,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput hari ini.

Tambah Mohd. Khaizam, siasatan mendapati kumpulan jenayah berkenaan mengumpil tingkap untuk memasuki rumah sasaran mereka sewaktu ketiadaan penghuni rumah.

“Selain itu, kumpulan ini turut berani bertindak menyamun mangsa yang berada di dalam rumah.

“Polis percaya penahanan mereka mampu menyelesaikan lima kes pecah rumah dan dua kes samun di Sungai Siput,” katanya.

Katanya, polis turut merampas dua motosikal, pasport, minuman keras, wang tunai, duit syiling lama, jam tangan serta pisau lipat yang digunakan suspek sebagai senjata untuk kegiatan pecah rumah dan samun.

“Polis turut menemui semula barang kemas yang disamun suspek selain ganja dan heroin yang ditemui bersama salah seorang suspek.

“Kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau manakala saringan ujian air kencing pula mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan morfin,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek direman selama enam dan tujuh hari bermula hari ini.

Bagaimanapun katanya, dua lagi lelaki dengan salah seorang daripadanya dipercayai ketua kumpulan masih lagi dikesan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 457 Kanun Keseksaan kerana samun dan pecah rumah.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI