fbpx

Kereta klasik Ford Escort bakal ‘pupus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA klasik Ford Escort mampu dijual pada harga mencecah £125,000 (RM682,911). – ALAMY

LONDON – Kereta ikonik, Ford Escort diramal ‘‘pupus’ menje­lang tahun 2030, lapor akhbar The Sun UK.

Dekad lalu menyaksikan pe­ngurangan 93.8 peratus model kenderaan itu yang berada di jalan raya iaitu daripada 261,000 buah kepada cuma 16,000.

Ford Escort yang pada asalnya dibina di kilang Halewood, Li­verpool pada tahun 1967, akan ‘pupus’ dalam tempoh 10 tahun akan datang, demikian menurut laman web perbandingan harga kereta, GoCompare.

Kereta lama itu sudah dianggap sebagai satu bentuk pelaburan ekoran sesetengah model Ford Escort boleh dijual pada harga £25,000 (RM136,605).

Bilangan Ford Escort 1.6i jenis Cabriolet yang dilihat di atas jalan berkurangan daripada 1,100 dalam tahun 2010 kepada hanya 517 unit, manakala hanya terdapat 14 model automatik 1300XL kereta tersebut hari ini berban­ding 17 unit sedekad lalu, lapor laman web itu.

Selain itu, kajian tersebut turut mendedahkan bahawa perubahan gaya hidup, pengubahsuaian terhadap enjin dan kekurangan permintaan dijangka turut mengakibatkan beberapa model kereta klasik lain tidak akan lagi digunakan.

Model seperti Fiat Uno dijangka tidak berada di atas jalan pada tahun ini, manakala Peugeot 305 pada tahun hadapan dan Vauxhall Cavaliers pada 2022.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Rakan Kongsi GoCompare, Mark Greening berkata, sebilangan kereta klasik ini menjadi kegemaran rakyat Britain.

“Memiliki kereta klasik boleh menjadi satu bentuk pelaburan besar tetapi sekarang ia dilihat bakal pupus dan berharap sebahagiannya boleh diselamatkan,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI