fbpx

Keputusan mansuh UPSR berada di peringkat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muslimin menyampaikan anugerah cemerlang UPSR 2019 Parlimen Masjid Tanah kepada salah seorang penerima di Kompleks Sukan Masjid Tanah, Alor Gajah, di sini, hari ini.

ALOR GAJAH – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melakukan perincian akhir kajian sebelum menentukan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid tahun enam.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata, kebarangkalian besar ujian penilaian itu akan dimansuhkan, sekali gus menjadikan UPSR diduduki murid pada tahun lalu sebagai yang terakhir.

“Kementerian sekarang sedang dalam peringkat akhir kajian melihat keperluan UPSR dan keputusan mengenai perkara ini akan diputuskan dalam masa terdekat.

“Kemungkinan besar tidak akan ada lagi UPSR selepas ini,” katanya selepas menyampaikan anugerah kepada 148 pelajar cemerlang UPSR 2019 Parlimen Masjid Tanah di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 148 bekas murid 38 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) seluruh Parlimen Masjid Tanah menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Bertanya mengenai perancangan KPM untuk menilai pencapaian akademik murid tahun akhir sekolah rendah itu, beliau memberitahu kaedah pentaksiran sepanjang masa, ujian esei dan temuduga antara kaedah yang boleh dipertimbangkan.

“UPSR adalah ujian penilaian dan boleh digantikan dengan kaedah lain seperti pentaksiran sepanjang masa yang lebih asli serta berterusan sifatnya bagi membantu menempatkan murid-murid di lima jenis sekolah khusus,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI