fbpx

Holyfield terima cabaran Tyson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOLYFIELD (kiri) sedia kembali ke gelanggang untuk berdepan Tyson selepas kali terakhir mereka bertemu 23 tahun lalu. – AFP

LONDON – Hampir 25 tahun meraih kemenangan ke atas Mike Tyson, kini Evander Holyfield bersedia untuk berdepan musuh tradisinya sekali lagi.

Tahun 1997 menjadi salah satu tahun yang penuh bersejarah khususnya bagi penggemar tinju apabila Tyson bertindak menggigit telinga Holyfield sehingga bahagian cuping terputus pada aksi tersebut.

Pada perlawanan pertama, Holyfield berjaya mempertahankan tali pinggang heavyweight selepas menewaskan Tyson di pusingan ke-11 menerusi keputusan TKO, manakala pada aksi kedua,

Holyfield dinobatkan sebagai juara selepas perlawanan dibatalkan ekoran tindakan ganas Tyson itu.

“Pasukan saya bersedia untuk memastikan perlawanan ini berlangsung sekali lagi dan kami tidak berdepan masalah untuk turun berdepan Tyson sekali lagi.

“Tidak ada alasan lagi dan perlawanan ini perlu dilakukan. Sebelum ini Tyson menyatakan hasratnya untuk berdepan saya.

“Dunia sedang menunggu pertarungan ini dan apa tunggu lagi kontrak perlawanan perlu dibuat. Saya harap Tyson bersiap sedia dengan tawaran yang dibuat kepada saya,” kata Holyfield.

Tyson sebelum ini membuat kemunculan semula selepas 15 tahun bersara dengan menentang Roy Jones Jr. dalam pertarungan lapan pusingan di di Staples Center, Los Angeles, pada 28 November lalu.

Kemunculan semula kekas juara heavyweight dunia tersebut bersara pada 2005 telah menarik minat Holyfield untuk kembali ke gelanggang semula berdepan Tyson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI