fbpx

Gempar lelaki mati depan bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis dan pegawai perubatan sedang memeriksa mayat peminta derma yang mati mengejut di sebuah bank di Dataran Austin di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Pelanggan di sebuah bank gempar selepas peminta derma tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia secara mengejut di hadapan premis tersebut di Dataran Austin di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi itu, lelaki berusia 50-an berkenaan meninggal dunia dalam keadaan terduduk di lokasi kejadian.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Mahmud berkata, sewaktu kejadian, seorang pelanggan wanita mahu menghulurkan derma kepada lelaki itu sebelum dia tiba-tiba rebah.

“Dia rebah dalam keadaan terduduk sebelum pihak berkuasa dihubungi bagi memaklumkan kejadian itu.

“Pegawai kesihatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din mengesahkan kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI