fbpx

Dua gol penalti selamatkan Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALE (dua dari kanan) menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pertama Spurs ketika mereka sekadar seri 3-3 menentang Linz awal pagi semalam. – AFP

LINZ, Austria – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho bengang dengan aksi sambil lewa ditunjukkan skuad bimbingannya ketika dikejutkan keputusan seri 3-3 dengan kelab Austria, LASK Linz pada aksi Liga Europa di Stadion Linzer awal pagi semalam.

Mourinho, 57, turut mempertikaikan sikap dan ke­sungguhan beberapa pemainnya meskipun Spurs berjaya mengesahkan slot ke peringkat kalah mati dengan berbaki satu lagi aksi dalam saingan Kumpulan J minggu depan.

“Saya berasakan pemain tidak belajar daripada kesilapan lalu.

“Ada sesetengah pemain langsung tidak menunjukkan minat apabila mereka bermain di peringkat kumpulan Liga ­Europa.

“Pemain perlu sedar perkara sebegini tidak boleh terjadi di peringkat kalah mati kerana kami akan bertemu lawan yang lebih kuat,” kata Mourinho.

Dalam aksi itu, LASK terlebih dahulu membuka tirai jari­ngan menerusi Peter Michorl pada minit ke-42 sebelum bintang Spurs, Gareth Bale me­nyempurnakan sepakan pe­nalti untuk mengikat kedudukan 1-1 sebelum tamat aksi separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Spurs kembali di hadapan hasil jaringan Son Heung-min pada minit ke-56 tetapi kali ini giliran LASK pula menyamakan kedudukan menerusi remba­tan deras Johannes Eggestein (m-86).

Hasrat Spurs membawa pulang tiga mata selepas Dele Alli menyudahkan sepakan penalti dua minit kemudian tidak menjadi kenyataan selepas LASK mempamerkan kebangkitan menerusi gol penyamaan daripada Mamoudou Karamoko pada minit ke-93. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI