fbpx

Aliff Syukri bidas Wani Chomel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik Aliff Syukri di laman Instagramnya sebentar tadi.

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tampil membidas seorang gadis, Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wani Chomel, 23, yang hari ini mendakwa dirinya ditipu seorang jutawan kosmetik.

Ali Syukri memuat naik gambarnya bersama gadis tersebut di laman Instagramnya dan mendakwa, isu tersebut sudah lama dan mempertikaikan tindakan Wani membuka cerita tersebut hari ini.

“Saya dah lama bgtau dalam Facebook saya yang saya buat bariatrik pada @wani.chomel atas nasihat Dr (doktor). Saya siap post pada tarikh 19 Ogos 2019. Doktor itu pun post.

“Saya sertakan screenshot (tangkap layar) dari Google dan gambar @wani.chomel di hospital. Benda dah lama kenapalah baru nak cerita. Ketinggalan ke awak. Lain kali nak kenakan orang research (kaji) habis-habis ok. Jangan separuh jalan,” katanya.

Pada masa sama, Aliff berkata, perkara selanjutnya akan diumumkannya Isnin depan serta tindakan yang akan diambilnya terhadap pihak didakwa mengambil kesempatan ke atas dirinya serta mahu menjatuhkannya.

“Kepada Wani terima kasih banyak-banyak. Awak nak saman saya? Kerjalah adik wani sayang oii. Dah boleh jalan carilah rezeki. Orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki utk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila?

“Sepanjang rawatan, kos semua saya tanggung, bayar coach theraphy (jurulatih terapi) kaki, makan, tempat tinggal semua saya yang tanggung. Seposen (10 sen) pun tak minta duit awak adik Wani.

“Jadi jangan menangguk di air yang keruh. Kita lihat siapa yang kena saman dan rasanya korang tau kot siapa cucuk si @wani.chomel ni kan. Korang rasa siapa?” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI