fbpx

Al-I’tisam bantu 60 masyarakat orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Shah (dua dari kiri) memberikan sumbangan kepada salah seorang penduduk Kampung Sungai Judah, Pulau Carey, hari ini.

KUALA LANGAT- Prihatin nasib 60 nelayan Orang Asli di Kampung Sungai Judah yang kehilangan pendapatan, Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam (Al-I’tisam) tampil menghulurkan bantuan keperluan harian kepada 60 penduduk kawasan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-I’tisam, Mohd. Shah Sapie berkata, bantuan tersebut selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kesukaran hidup dialami masyarakat tersebut.

“Majoriti penduduk Kampung Sungai Judah adalah nelayan dan tidak dapat turun ke laut akibat cuaca buruk.

“Situasi tersebut menyebabkan mereka kehilangan pendapatan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, setiap penerima bantuan menerima bantuan keperluan harian seperti beras, telur, minyak masak dan makanan asas lain bernilai RM85.

Sementara itu, Mohd. Shah menegaskan pihaknya bercadang membina  sebuah surau di kampung tersebut setelah menerima permohonan daripada beberapa penduduk yang beragama Islam.

“Mereka mahu sebuah surau bagi mengerakkan kerja dakwah, selain mengadakan program keagamaan di kampung itu,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI