fbpx

4,000 ekor itik telur dihanyut banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHIMAH bersama pekerjanya menunjukkan bangkai itik yang dihanyutkan banjir ketika ditemui di ladang miliknya di Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh semalam.

PASIR PUTEH – Seorang penternak itik telur di Kampung Banggol Pak Esah, Selising di sini kerugian RM80,000 selepas 4,000 ekor haiwan ternakannya mati akibat dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kelmarin.

Rahimah Mohamed, 62, berkata, hujan tanpa henti selama tiga hari menyebabkan reban yang menempatkan kira-kira 5,000 ekor itik pecah selepas paras air Sungai Banggol Pak Esah melimpah ke tebing.

Menurut pemilik syarikat Rahimah Sinar Resources itu, dalam keadaan kelam-kabut dia dan pekerjanya sempat memin­dahkan kira-kira 1,000 ekor itik ke kawasan selamat.

“Kesemua itik ini sedang bertelur di dalam reban. Seba­nyak 1,000 ekor itik yang diselamatkan tersangkut pada pagar ladang, manakala selebihnya mati dihanyutkan arus deras.

“Mungkin itik-itik ini mati sebab kesejukan selain tidak dapat terapung kerana arus air yang deras,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

SEBAHAGIAN itik telur yang mati selepas dihanyut banjir.

Selain itik, pekerja syarikat itu sempat memindahkan ratusan guni makanan haiwan tersebut dari kawasan ladang ber­kenaan.

Rahimah reda dengan kejadian itu, namun kerugian yang dialaminya akan menyebabkan 16 pekerjanya termasuk 10 ibu tunggal hilang pekerjaan.

Selain menternak itik telur, syarikat itu turut mengeluarkan 1,000 biji telur masin sehari de­ngan menggunakan jenama Telur Masin Moksu.

“Ibu tunggal ini menguruskan telur masin yang ditempah pemborong selain menjualnya secara dalam talian,” katanya.

Menurut Rahimah, selain menyediakan peluang kepada penduduk setempat, keuntungan perniagaan turut dikongsi bersama pertubuhan bukan kerajaan Budak Kaki Lima yang banyak membantu asnaf dan ibu tunggal di sekitar daerah ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI