fbpx

Tuchel tidak mahu pemain berasa selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR (dua dari kanan) berjaya meledak dua gol ketika membantu PSG menundukkan United pada aksi di Old Trafford awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Ketua jurulatih Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel masih belum mencapai apa-apa kejayaan biarpun berjaya menewaskan Manchester United 3-1 awal pagi semalam biarpun laluan mereka ke saingan 16 pasukan terbaik semakin cerah.

Dua gol jaringan Neymar dan Marquinhos menyaksikan mereka berjaya menyekat hajat United untuk mengesahkan kemaraan dan aksi terakhir melibatkan kedua-dua pasukan itu serta satu lagi kelab, RB Leipzig bakal menjadi menentu.

Neymar membuka tirai jaringan pada minit keenam sebelum Marcus Rashford menyamakan kedudukan menyaksikan dia berjaya meledak gol ketika sepanjang aksi bertemu PSG.

Selepas Anthony Martial dan Edinson Cavani gagal menyem­purnakan peluang terbaik, Marquinhos meletakkan PSG di depan sebelum Fred dilayangkan kad merah dan Neymar menggunakan kesempatan itu untuk meledak gol ketiga pada masa kecederaan.

“Hampir melayakkan diri tetapi kami belum layak. Saya tidak akan benarkan pemain saya fikir tugas mereka sudah selesai.

“Saya mengakui bahawa kami sudah melakukan satu anjakan yang besar tetapi jika kami fikir kemenangan itu membuatkan kami layak, ia akan memberikan masalah yang besar.

“Kami perlu menyempurnakan tugas terakhir dengan aksi dan mentaliti yang sama seperti apa yang dipamerkan pada aksi kali ini,” katanya.

PSG berjaya meraih kemena­n­gan dalam dua perlawanan menentang United di tempat lawan dan dua gol yang dijaringkan Neymar itu adalah gol pertama dalam enam aksi Liga Juara-Juara menentang wakil England itu.

“Kami sangat bangga dengan kemenangan ini. Kami telah membuktikan bahawa ini adalah PSG yang sebenar yang berjuang dalam pentas Eropah. Ia sangat penting buat kami memenangi aksi kali ini.

“Kami perlu menunjukkan bahawa kami sentiasa dominan dalam perlawanan yang besar. Saya bangga dengan aksi para pemain. Ia bukan aksi mudah kerana United juga mahu memenangi perlawanan itu,” kata Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI