IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berlangsung hari ini ditangguhkan ke 2.30 petang, Rabu depan.
Keputusan tersebut dibuat Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid susulan usul undi percaya yang menyaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang gagal mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul tersebut.
Katanya, dia dan Ahmad Faizal akan menyembah maklum keputusan usul undi percaya terhadap Menteri Besar tersebut kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dengan kadar segera.
Sebelum ini persidangan DUN Perak tersebut dijadualkan berlangsung selama lima hari bermula hari ini.-K! ONLINE