fbpx

Penduduk sedia terima limpahan air Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUBAIDAH (kiri, duduk) menerima kunjungan daripada Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud semalam.

TUMPAT – Perubahan cuaca yang tidak menentu di musim tengkujuh ketika ini terutamanya hujan lebat membuatkan penduduk di Kampung Kubang Sawa di sini sudah bersiap sedia untuk menerima limpahan air Sungai Golok yang bakal membanjiri kawasan tersebut pada bila-bila masa bermula sekarang.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kebanyakan penduduk sudah mula membawa turun perahu untuk dijadikan sebagai pengangkutan bagi menggantikan kereta dan motosikal.

Seorang penduduk, Zubaidah Abu Bakar, 50, berkata, dia mula membuat persiapan sebaik sahaja air Sungai Golok sudah mula melimpah masuk ke kawasan kampungnya.

Menurutnya, air Sungai Golok mulai masuk ke kawasan rumahnya sejak tiga hari lalu, keadaan masih terkawal.

“Persiapan awal ini penting bagi mengelakkan kami berdepan dengan situasi cemas ketika air naik nanti.

“Segala dokumen-dokumen penting sudah disimpan dan diletakkan ke tempat yang tinggi,” katanya.

Zubaidah memberitahu, selain itu barangan keperluan harian seperti makanan sudah dibeli untuk dijadikan sebagai stok banjir.

Katanya, perahu yang telah diselenggara sudah dibawa turun ke kawasan tanah sebagai langkah awal sekiranya berlaku banjir.

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my menunjukkan paras air Sungai Golok di Kuala Jambu sudah melepasi amaran iaitu 2.47 meter.

Paras normal air Sungai Golok di Kuala Jambu 0.70 meter.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI