fbpx

Pendakwah ‘segera’ cetus kekeliruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
FIRDAUS HASSAN
PENOLONG PENGARANG BERITA

Mengelirukan. Demikian perasaan penulis selepas menonton satu program bual bicara agama di sebuah stesen televisyen pada November lalu.

Moderatornya bagus melemparkan persoalan berkenaan perbincangan topik, namun kupasan panelnya agak mengelirukan.

Panelnya adalah seorang yang hebat dan pakar dalam topik yang dibincangkan. Penulis berasakan kupasan yang diberikan agak ofensif dan hype.

Bagi mengelakkan kekeliruan penulis membuat carian berhubung topik berkenaan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Alhamdulillah, melalui pembacaan di laman web itu penulis lihat jawapannya padat, ringkas dan mudah difahami.

Dalam fikiran penulis terdetik apakah ini merupakan aliran pemikiran Islam modenis. Yakni membawakan pentafsiran segar atau pendekatan baharu dalam hal-hal keagamaan.

Dewasa ini, kita dapat melihat kemunculan program-program realiti TV yang mengejar rating. Program ‘hiburan’ yang tujuan asalnya, berpandukan menyuburkan syiar Islam.

Maka muncul golongan pendakwah bertaraf selebriti menghiasi kaca TV kita, wajah-wajah segar mengikis pendekatan ulama-ulama tradisi.

Namun, kita harus ingat tradisi Islam haruslah berasaskan ilmu. Tanpa ilmu serta adab orang berilmu, akan mencetuskan pelbagai kekeliruan dan keburukan dalam ummah.

Apa yang boleh dipersoalkan ialah kriteria apakah membolehkan seseorang itu layak digelar pendakwah?

Keadaan ini selari dengan maksud ayat 11 dan 12, surah al-Baqarah. “Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi,” mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.”

“Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenarnya membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.”

Kerosakan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah berkait dengan hal-hal agama yang dilakukan oleh golongan munafik.

Penulis secara peribadi kesal dengan isu-isu timbul dalam masyarakat berikutan tindak-tanduk golongan pendakwah segera ini.

Ini bukan lagi kes terpencil, malah penulis melihatnya sebagai barah dalam komuniti. Ada yang betul-betul bagus dan membawakan kebaikan.

Namun, tindakan segelintir yang gagal mengawal nafsu serta perbuatan memberi imej buruk kepada Islam itu sendiri. Allahualam.

Moga kita semua dijauhi daripada kerosakan dan dirahmati-Nya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI