fbpx

Pasukan khas JAIS siasat isu kartel daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAIS

SHAH ALAM – Sebuah pasukan khas telah ditubuhkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam menyiasat isu kartel tukar daging haram jadi halal.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, penubuhan tersebut telah diarahkan oleh pengarahnya dengan menjalankan siasatan di bawah peruntukan Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Katanya, kerajaan negeri juga telah menerima laporan lengkap daripada Bahagian Pengurusan Halal, JAIS tentang isu tersebut.

“Kerajaan negeri sentiasa memantau rapat kes pengedaran daging sejuk beku seludup yang tidak mendapat perakuan halal dan penandaan logo halal palsu ini.

“Malah, sama sekali tidak akan membenarkan kegiatan tidak bertanggungjawab tersebut menjejaskan maslahah rakyat negeri ini khasnya dan seluruh negara amnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan serbuan pihak berkuasa terhadap sebuah gudang di Senai, Johor kelmarin yang menjalankan aktiviti menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan dijual di pasaran seluruh negara.

Mengulas lanjut, Mohd. Zawawi berharap masyarakat bertenang dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat yang boleh mengelirukan masyarakat.

“Justeru, orang ramai yang yang mempunyai maklumat terhadap mana-mana premis yang diragui atau didapati melakukan kesalahan tersebut boleh menghubungi JAIS di talian 03-5514 3725/3696/3486,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI