fbpx

Pasar Ipoh guna teknologi robotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas MBI melihat sistem robotik mencuci lantai semasa diuji di Pasar Ayam Ipoh hari ini.

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengaplikasikan penggunaan teknolog terkini apabila menggunakan sistem robotik dalam menyelesaikan isu kebersihan dan pengangkutan barang di dalam kawasan pasar.

Projek rintis ini dimulakan di Pasar Ayam Ipoh di sini yang juga menjadi pasar pertama di negara ini yang menggunakan teknologi sedemikian.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, inisiatif tersebut hasil kerjasama MBI, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).

Menurut beliau, program berkenaan yang dibiayai menerusi peruntukan MOSTI bagi program Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional untuk mencari kaedah terkini dalam pengurusan harian pasar selain dapat mengurangkan tenaga kerja.

“Terdapat empat jenis robot yang kini sedang diuji di Pasar Ayam Ipoh iaitu robot mencuci lantai, robot mengangkut barang, kenderaan mengangkut barang dan robot mengambil sampah.

“Kesemua sistem robotik ini dijangka siap diuji dalam jangka masa terdekat dan beroperasi sepenuhnya pada Selasa depan,” katanya di sini hari ini.

Jelas Rumaizi, penggunana teknologi robotik tersebut akan membuka lembaran baru khususnya dalam pengurusan pasar yang lebih sistematik dan terkini.

Sistem robotik berkenaan yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, Ideasparq Robotics Sdn. Bhd. turut digunakan secara meluas dalam beberapa sektor lain di negara ini termasuk kesihatan, perubatan dan perkilangan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI