fbpx

Mick bakal beraksi di pentas F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICK bakal mengemudi jentera Haas musim depan selepas menandatangani perjanjian dengan pasukan itu. - AFP

SAKHIR, Bahrain – Impian Mick Schumacher untuk mengikut jejak langkah bapanya, Michael Schumacher beraksi dalam perlumbaan Formula Satu (F1) menjadi kenyataan apabila sah menyertai pasukan Haas musim depan.

Anak juara dunia tujuh kali Michael Schumacher itu diberi peluang untuk memandu jentera F1 Haas pada sesi latihan bebas di pusingan terakhir di Grand Prix Abu Dhabi, 11 Disember depan sebelum menyertai sesi ujian beberapa hari selepas itu.

Pemandu berusia 21 tahun itu tampil cemerlang dalam saingan F2 musim ini apabila berada di kedudukan teratas keseluruhan dengan 205 mata dan dilihat bakal menjuarai saingan tersebut pada perlumbaan terakhir nanti di Bahrain.

Lebih menarik, Mick akan bergandingkan dengan pelumba Russia, Nikita Mazepin pada musim depan.

“Pasukan Haas F1 sudah menandatangani Mick Schumacher bagi perlumbaan F1 2021 dan seterusnya menerusi perjanjian selama beberapa tahun.

“Kejuaraan F2 menjadi landasan terbaik buat Mick membuktikan bakatnya dalam perlumbaan tersebut dan dia menjadi salah seorang pelumba yang paling kompetitif.

“Saya yakin dia mendapat peluang ini bersama pasukan Haas berdasarkan pencapaian terbaiknya dalam saingan F2. Saya ucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada Mick,” kata prinsipal pasukan Haas, Guenther Steiner.

Sementara itu, Mick mengakui sangat gembira mendengar berita berkenaan sehinggakan dia tidak mamberita tersebut.

“Saya mahu berterima kasih kepada ibu bapa saya. Saya tahu saya banyak ‘berhutang’ dengan mereka. Saya sentiasa percaya bahawa saya mampu merealisasikan impian untuk bersaing di F1.

“Saya juga mahu mengucapkan penghargaan buat semua pihak termasuk para peminat yang memberikan sokongan sepanjang karier. Saya akan berikan yang terbaik dan tidak sabar untuk memulakan ‘pengembaraan’ bersama Haas,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI