fbpx

MB Perak gagal dapat sokongan majoriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini gagal mendapat sokongan majoriti daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam undi usul percaya terhadap beliau.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi lagi rosak atau berkecuali dalam undian semua 59 ADUN Perak.

Usul berkenaan dibawa ADUN Pengkalan Baru (BN-UMNO), Abd. Manaf Hashim.

Pada awalnya, usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI