fbpx

Mayat lelaki hilang ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Sivaguru dibawa keluar dari Sungai Ketil oleh anggota penyelamat.

BALING – Misteri kehilangan seorang pengutip barangan lusuh sejak Selasa lalu terjawab apabila mayat lelaki itu ditemui terapung di Sungai Ketil di Kuala Ketil di sini pagi ini.

Mayat G. Sivaguru, 32, ditemui terapung dan tersangkut pada pokok di Lubuk Segintah, Bukit Selambau dekat sini oleh orang awam yang turut menyertai operasi mencari mangsa pada pukul 10 pagi tadi.

Lokasi mayat mangsa ditemui dengan penemuan kesan darah di atas Jambatan Kuala Ketil-Bukit Selambau yang dipercayai miliknya adalah sejauh kira-kira dua kilometer.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata,  siasatan awal mendapati terdapat satu kesan luka pada leher mangsa.

“Polis akan melakukan siasatan lanjut berkaitan kesan luka itu kerana berdasarkan pemerhatian, ia bukan luka biasa.

“Bagaimanapun kita perlu menunggu keputusan siasatan daripada Unit Forensik sebelum dapat mengklasifikasikan kes secara tepat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sivaguru sebelum ini dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Orkid, Kuala Ketil pada pukul 10 malam, Selasa lalu untuk mencari barangan terpakai.

Bagaimana pun lori miliknya ditemui berdekatan tempat pembuangan sampah berhadapan sebuah
stesen minyak di pekan ini dengan beberapa kesan tompokan darah.

Kenderaan itu ditemui oleh pekerja pembersihan yang melakukan tugasan rutin di kawasan berkenaan pada pukul 8.30 pagi, Rabu lalu sebelum satu laporan polis dibuat.

Siasatan lanjut polis kemudiannya turut menemui kesan darah di atas Jambatan Kuala Ketil-
Bukit Selambau dan operasi mencari mangsa mula dilancarkan oleh polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di sekitar kawasan itu.

Mayat mangsa kemudian dibawa untuk proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor
Setar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI