fbpx

KPDNHEP akan tarik balik daging seludup dilabel halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kanan) melihat produk kerepek pisang di sebuah bengkel perusahaan kerepek pisang di Kampung Teris di Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) giat mengesan semula lokasi pengedaran daging sejuk beku diseludup masuk sebelum dibungkus semula dengan logo pengesahan halal yang terbongkar baru-baru ini.

Timbalan KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, pengesanan tersebut bertujuan bagi membolehkan bekalan daging terbabit ditarik balik daripada pasaran demi kepentingan pengguna.

“Kita telah tangkap mereka yang disyaki terlibat membawa masuk daging lembu sejuk beku tidak halal ini. Kini kita juga giat mengenal pasti pasaran bekalan daging berkenaan diedarkan atau dijual bagi tindakan selanjutnya diambil.

“Pengesanan tidak hanya tertumpu di kawasan Johor semata-mata, kita tengok kawasan pengedarannya yang lain sebelum merampasnya jika benar bekalan daging tersebut daripada sumber kartel terbabit,” katanya ketika ditemui selepas melawat Bengkel Perusahaan Kerepek Pisang di Kampung Teris di sini hari ini.

Rosol berkata, KPDNHEP turut melakukan siasatan dalaman untuk memastikan sama ada jenayah kartel pengedaran daging haram berkenaan turut didalangi penjawat awam di kementerian terbabit.

Sebelum ini, akhbar melaporkan taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dan kemudiannya dibungkus semula dengan logo pengesahan halal serta menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.

Taktik tersebut terbongkar dalam satu serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah Gudang di Senai, Johor Bahru baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI