fbpx

Ebit Lew hadiahkan basikal kepada lima penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari video yang dimuatnaik di laman Instagram Ebit Lew ketika menyerahkan basikal lipat kepada lima penghantar makanan di sebuah pusat beli-belah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila menghadiahkan lima buah basikal boleh lipat kepada lima orang penghantar makanan.

Menerusi laman Instagramnya, Ebit memaklumkan basikal tersebut dihadiahkan bagi memudahkan kerja penghantaran makanan oleh kelima-lima penerima tersebut yang sebelum ini menghantar makanan dengan berjalan kaki.

“Seronok hari ini beli basikal lipat lima buah untuk dihadiahkan kepada adik-adik ini. Mereka hantar makanan jalan kaki.

“Purata seminggu mereka peroleh RM100 ke RM300. Muka semua rajin dan baik-baik. Ada seorang kakak ibu tunggal, datang ke sini menaiki LRT. Sedih dengar latar belakang keluarga masing-masing,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.

Menurutnya, semua penghantar makanan itu tidak mempunyai lesen dan tidak memiliki motosikal atau basikal.

“Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang hendak bawa naik LRT, dan ada sembilan gear. Ringan nak kayuh, istimewa untuk mereka.

“Saya juga beri sedikit duit belanja untuk lima orang penerima ini dan yang berada situ tadi. Semoga mereka ini terus kuat dan diluaskan rezeki,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI