fbpx

Bersatu kesal isu Menteri Besar Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMZAH ZAINUDDIN

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal dengan nasib yang menimpa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mereka ambil maklum bahawa Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak telah ditolak oleh UMNO dan Pakatan Harapan.

Katanya, Bersatu sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti-parti kerajaan Perikatan Nasional sejak awal tahun ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

“Sehubungan itu, Bersatu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu, tiga ADUN Pas, seorang ADUN UMNO dan dua ADUN Bebas yang telah menyokong Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak.

“Bersatu akan memantau situasi semasa dan akan terus bersama Pas dan teman-teman parti anggota Perikatan Nasional yang lain dalam membuat keputusan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI