fbpx

Bersatu akan adakan perbincangan isu MB Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan perbincangan khas berhubung keputusan undi percaya yang tidak menyebelahi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Ketua Peneranganya, Wan Saiful Wan Jan berkata, apa yang diputuskan dalam DUN Perak itu akan diperincikan sebaik mungkin sebelum satu pendirian parti dijelaskan.

“Perkara ini insya-Allah akan dibincangkan oleh pimpinan Bersatu dan saya harap kita sama-sama tunggu pandangan rasmi parti nanti,” katanya melalui hantaran Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya terhadapnya yang dibentangkan oleh ADUN Pengkalan Baru, Datuk Abd. Manaf Hashim.

Sebanyak 48 undi menolak usul berkenaan dan 10 menyokong manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Tambah Wan Saiful, Ahmad Faizal menunjukkan keikhlasan dalam kepimpinannya untuk tidak memanjangkan permasalahan politik ketika semua sedang menghadapi keadaan yang tidak menentu dari segi ekonomi dan kesihatan.

“Pandangan sebegini jelas menunjukkan kesungguhan beliau menjaga kebajikan rakyat dan sikap beliau yang sentiasa meletakkan rakyat di hadapan,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI