fbpx

Bayi maut tersedak susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban

SEREMBAN  – Seorang bayi lelaki berusia setahun meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu dalam kejadian di rumahnya di Taman Nusa Intan, Senawang di sini pagi tadi.

Bapa bayi tersebut Md Zarif Md Johari, 36, berkata, dia dan isteri, Zurriyati Ishak, 29, menyedari anak bongsunya, Zulkarnain tersedak susu kira-kira pukul 4.30 pagi selepas terdengar bayinya batuk ketika sedang tidur.

“Bila saya bangun saya lihat dia muntah susu dan bibirnya kebiruan. Saya cuba menepuk belakang badannya tetapi saya dapat rasakan dia tidak lagi bernafas.

“Kemudian, saya dan isteri kemudian membawanya ke hospital swasta yang terletak berhampiran. Sebaik sampai,  kakitangan hospital memberikan bantuan pernafasan namun anak saya disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini hari ini.

Menurut Md Zarif, anaknya itu baru sahaja keluar dari hospital semalam setelah mengalami demam serta tidak berselera makan.

“Saya reda dengan ketentuan Allah. Tapi sedih kerana saya dan isteri baharu saja menyambut hari lahir arwah bulan lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI