fbpx

Ahmad Faizal tiba di Istana Kinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan membawa Ahmad Faizal masuk ke Istana Kinta, Ipoh sebentar tadi. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tiba di Istana Kinta di sini bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ahmad Faizal tiba pada pukul 5.15 petang bagi menyembah maklum situasi terkini kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak susulan keputusan usul undi percaya terhadap beliau yang diputuskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pagi tadi.

Terdahulu, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid turut tiba di Istana Kinta.

Ketiga-tiga mereka menaiki kenderaan berasingan untuk menghadap Sultan Nazrin.

Dalam sidang DUN pagi tadi, Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan dalam undi usul percaya terhadap beliau.

Dalam undian daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru dari UMNO, Abd. Manaf Hashim.

Pada awalnya, usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak dalam persidangan DUN yang bermula hari ini.

Bagaimanapun dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN untuk menyegerakan usul undi percaya tersebut diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI