fbpx

Ahmad Faizal reda, beri komitmen kepada kerajaan negeri baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal ketika berucap pada persidangan DUN Perak hari ini.

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberikan komitmen untuk perubahan kerajaan negeri yang baharu setelah gagal mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada undi percaya terhadap beliau hari ini.

Katanya, beliau reda dengan keputusan yang dibuat oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada persidangan DUN hari ini yang menunjukkan hanya 10 ADUN menyokong usul tersebut berbanding 48 menolaknya manakala satu undi lagi merupakan undi rosak atau berkecuali.

“Saya terima keputusan undi dengan reda. Dalam keadaan waktu keadaan ekonomi yang tidak menentu disebabkan Covid-19 ini, masalah politik tidak perlu dipanjang-panjangkan.

“Saya memberikan komitmen untuk transisi kepada sebuah kerajaan yang baru. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan. Ia adalah satu penghormatan kepada saya kerana dapat berkhidmat kepada negeri yang saya sayangi ini,” katanya pada sidang DUN Perak hari ini.

Usul undi percaya terhadap Menteri Besar tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru (UMNO), Abd. Manaf Hashim.

Pada awalnya, usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak dalam persidangan DUN yang bermula hari ini.

Bagaimanapun dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN untuk disegerakan usul undi percaya terhadap Menteri Besar berkenaan, diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI