fbpx

Tiga pusat pemindahan dibuka di Pasir Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Pasir Puteh petang ini.

PASIR PUTEH – Sebanyak tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mula dibuka di sini hari ini berikutan beberapa kampung mula ditenggelami air sejak petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Banjir Daerah, Ab. Pattah Hasbullah berkata, pihaknya telah menggerakkan pasukan penyelamat ke lokasi yang terlibat untuk pemindahan segera ke PPS kerana keadaan air semakin dalam dan hujan lebat tanpa henti.

Menurutnya, sehinga pukul 7. 20 malam ini, seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changgai.

“Mereka terdiri sembilan orang dewasa bersama enam kanak-kanak lelaki dan perempuan serta seorang bayi lelaki termasuk dua Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Di PPS Dewan Kompleks Kamil, seramai 27 mangsa daripada tujuh keluarga terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan tebing sungai di pinggir bandar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Katanya, selain itu, seramai 11 mangsa dari tiga keluarga dipindahkan ke PPS SK Bukit Jawa 2. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI