fbpx

Tiga kumpulan pecah rumah, curi kereta tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Taufik Maidin (kanan) menunjukkan barangan yang dicuri oleh Geng Takir dan Dene di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Polis berjaya menumpaskan tiga kumpulan penjenayah yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini dengan penahanan empat suspek dalam tiga serbuan berasingan baru-baru ini.

Kejayaan itu dipercayai telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 14 kes pecah rumah, kedai, masjid dan pejabat kerajaan melibatkan rampasan keseluruhan mencecah RM100,000 dan enam kes curi kereta yang melibatkan kerugian lebih RM300,000.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, empat suspek termasuk pasangan kekasih yang ditangkap berusia dalam lingkungan 27 hingga 36 tahun.

Katanya, pasangan kekasih tersebut merupakan ahli Geng Takir yang aktif memecah masuk rumah, kedai, masjid dan pejabat kerajaan sejak beberapa bulan lalu lalu ditahan pukul 1 pagi di Chiku 5, Isnin lalu.

“Seorang lagi suspek merupakan ahli Geng Dene yang aktif melakukan kegiatan hampir serupa ditahan di sebuah kedai makan di Paloh 2 di sini pada Sabtu lalu

“Suspek keempat pula merupakan ahli Geng Isey Binte yang dipercayai terlibat mencuri enam kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di sekitar Paloh sejak 2017 dan ditahan di sekitar Paloh Selasa lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang hari ini.

Menurut Mohd. Taufik, pasangan kekasih Geng Takir didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Tambahnya, semua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 380 KK, Seksyen 379 A KK, Seksyen 411 KK dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1653. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI