fbpx

Tiga daerah di Selangor dibenarkan solat di masjid dan surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi kelonggaran menunaikan solat di semua masjid dan surau di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor berkuat kuasa serta-merta.

Pengarah JAIS, Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, kelonggaran itu diberikan selepas mengambil kira trend dan skala penurunan jangkitan Covid-19 di ketiga-tiga daerah tersebut.

“JAIS menetapkan pelaksanaan solat fardhu Jumaat dibenarkan untuk dilaksanakan di semua masjid dan Surau Kebenaran Khas Jumaat dengan bilangan jumlah terhad seramai 40 orang, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa.

“Sementara itu, bagi pelaksanaan solat fardhu lima waktu berjemaah di masjid dibenarkan dengan ketetapan bilangan jemaah terhad seramai 23 orang yang terdiri daripada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, bagi solat fardhu lima waktu di surau kariah dibenarkan dengan ketetapan bilangan jemaah terhad seramai 16 orang yang terdiri daripada pengerusi dan ahli jawatankuasa surau.

“Ketetapan ini akan berkuat kuasa serta-merta sehingga satu ketetapan baharu dikeluarkan oleh jabatan ini melalui satu pemberitahuan rasmi.

“JAIS amat berharap agar semua pegawai dan jawatankuasa masjid serta ahli jawatankuasa surau untuk meningkatkan pematuhan semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI