fbpx

Siklon Burevi badai Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penduduk menyediakan beg pasir bagi melindungi kediaman mereka sebelum ketibaan Siklon Burevi di Trincomalee, Sri Lanka semalam. - AFP

COLOMBO, Sri Lanka –  Siklon Burevi membadai Sri Lanka semalaman, namun tidak menyebabkan kemusnahan teruk manakala ribut itu kini menuju ke selatan India, kata pihak berkuasa hari ini.

Burevi ialah siklon kedua dikesan di  selatan Teluk Benggala dalam tempoh satu minggu dan menghentam utara serta timur Sri Lanka sebelum tengah malam (waktu tempatan).

Membawa angin selaju 100 kilometer sejam, siklon itu membawa hujan lebat ke sebilangan kawasan di Sri Lanka tetapi tiada kematian atau kemusnahan teruk berlaku.

“Ada hujan dan angin kuat tetapi siklon tidak menyebabkan kerosakan teruk di kawasan kami,” kata Mangalanath Liyanarachchi yang merupakan wartawan di Trincomalee, 260 kilometer dari Colombo menerusi panggilan telefon.

Beribu-ribu orang yang tinggal di kawasan pantai telah diminta untuk berpindah ke penempatan sementara di kawasan pedalaman. Bagaimanapun, mereka sudah kembali semula ke kediaman masing-masing, kata Liyanarachchi.

Pusat Pengurusan Bencana Sri Lanka (DMC) mengeluarkan  amaran peringkat merah dan meminta golongan nelayan agar tidak turun ke laut.

Sri Lanka juga mengarahkan penutupan sekolah  di sepanjang laluan siklon itu selama tiga hari. 

Bagaimanapun, pegawai-pegawai DMC menyatakan,  tiada laporan kematian diterima dan kerosakan yang berlaku adalah  minimum ekoran siklon itu menjadi semakin lemah ketika bergerak ke kawasan yang ramai penduduk.

Sistem amaran cuaca meramalkan siklon itu tiba di negeri selatan India, Tamil Nadu malam ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI