fbpx

Saya mahu hidup lagi – Bob Lokman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOB LOKMAN (kanan) ketika ustaz Ebit Lew menziarahinya di Kubang Kerian, Kota Bharu baru-baru ini.

ALOR SETAR – Pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman, 56, akan menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardio­verter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dalam masa terdekat.

Bob yang menjalani rawatan di HSB sejak kelmarin ketika dihubungi memberitahu, dia bersyukur kerana pembedahan itu dapat dijalankan dengan segera.

“Doakan saya selamat, saya mahu hidup lagi. Insya-Allah saya diberitahu doktor pembedahan akan dilakukan hari ini (semalam) atau esok (hari ini).

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka ramai yang menderma untuk kos pembedahan saya ini dan ramai juga memudahkan perjalanan saya ke hospital ini,” katanya di sini semalam.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman, sebelum ini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan akibat komplikasi jantung.

Penderitaannya mendapat per­hatian apabila dia memerlukan bantuan sebanyak RM60,000 bagi menampung kos pembedahan untuk memasang alat me­ngawal degupan jantungnya.

Dalam pada itu, menurut isterinya, Relawati Daud, 42, mereka memilih HSB kerana situasi pandemik yang agak terkawal di negeri ini berbanding negeri lain.

“Tiada slot pembedahan di HUSM kerana keadaan pandemik di situ sekarang, jadi kami memi­lih HSB.

“Doktor cakap dia akan dibedah segera. Alhamdulillah, kami berharap semua berjalan lancar. Abang Bob pun semangat dia bertambah pulih,” katanya.

Tambahnya, mereka sekeluarga berterima kasih dengan keprihatinan semua pihak termasuk mereka yang bersungguh-sungguh mengumpul derma dalam tempoh beberapa hari sahaja.

“Hanya Tuhan dapat balas jasa semua termasuk dermawan yang memudahkan rawatan dan pembedahan abang Bob di sini,” katanya.

Menurutnya, Bob yang mempunyai masalah jantung sejak 1998 dimasukkan ke HUSM setelah mengadu sakit dada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI