fbpx

Sanggup bayar RM1.3 juta untuk miliki tangga Menara Eiffel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto pada 12 November lalu menunjukkan satu bahagian tangga Menara Eiffel dipamerkan di rumah lelongan Artcurial di Paris. – AFP

PARIS – Satu potongan tangga Menara Eiffel yang mengandungi 14 anak tangga dijual pada harga €274,475 (RM1.3 juta) di Paris, Perancis kelmarin.

Harga itu ialah 10 kali ganda lebih tinggi daripada harga jangkaan awal, menurut rumah lelo­ngan Artcurial.

Artifak sepanjang tiga meter itu adalah sebahagian daripada tangga asal tahun 1889 yang menghubungkan tingkat dua dan tiga monumen itu untuk tempoh hampir satu abad.

Pada 1983, perkhidmatan lif disediakan di menara itu dan tangga tersebut ditanggalkan sebelum dipotong menjadi 24 bahagian.

Sebanyak 20 bahagian sudah dijual kepada pengumpul persendirian, tiga lagi diserahkan kepada muzium di Perancis dan bahagian terakhir diletakkan sebagai pameran di tingkat satu mercu tanda Paris, Iron Lady.

Bahagian terakhir dengan 14 anak tangga itu dijual oleh pengumpul dari Kanada. Harga jangkaan awal sebelum lelo­ngan ialah €30,000 hingga 40,000 (RM145,000 hingga RM197,000).

Seorang pembeli dari be­nua Eropah membayar harga €274,475 untuk memperolehnya.

Artcurial pada 2016 pernah menjual satu bahagian tangga sama pada harga €523,800 (RM2.6 juta). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI