fbpx

Pokok pulai tumbang depan kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memotong sebatang pokok pulai yang tumbang di hadapan sebuah gerai makan di Jalan Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini.

TUMPAT – Seorang peniaga gerai makan di Jalan Pengkalan Kubor di sini terkejut apabila sebatang pokok pulai yang berada di hadapan premisnya itu tumbang secara mengejut ketika hujan lebat melanda kawasan itu hari ini.

Halimah Hussin, 64, tanpa berselindung menyifatkan kejadian itu umpama gempa bumi kerana mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat.

“Mujur pokok setinggi empat meter itu tidak menghempap kedai makan saya.

“Ketika kejadian, hanya saya dan anak sahaja berada di dalam kedai sementara cucu sedang bermain di rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba Raja Arisan Raja Ismail berkata, pihak menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.53 tengah hari.

Menurutnya, seramai sembilan anggota yang diketuai oleh bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi membersihkan pokok itu tamat pada pukul 5.17 petang.

“Pihak Majlis Daerah Tumpat turut membantu kerja-kerja mengangkat dan membersihkan kawasan itu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI