fbpx

Pembiayaan RM500,000 untuk tujuan modal kerja PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh memohon pembiayaan sehingga RM500,000 bagi tujuan modal kerja menerusi Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) yang diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini.

Permohonan boleh dibuat te­rus kepada 21 institusi kewangan yang turut serta.

Ia terdiri daripada bank perdagangan, bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bermula semalam.

Bank pusat berkata, kemudahan pinjaman bernilai RM2 bilion itu adalah untuk membantu PKS yang layak dalam sektor perkhidmatan.

Dana tersebut ditawarkan pada kadar sehingga 3.5 peratus setahun.

“Kemudahan pembiayaan ini adalah untuk tempoh sehingga tujuh tahun, termasuk moratorium sekurang-kurangnya selama enam bulan.

“Ia tersedia sehingga 31 Di­sember 2021, atau setelah peruntukan diginakan sepenuhnya (mana yang lebih awal),” kata­nya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut BNM, PKS yang merupakan penerima Kemudahan Bantuan Khas, Pembiayaan Pelancongan Penjana dan Pembiayaan PKS Penjana tidak layak memohon TRRF.

Selain itu, BNM berkata, satu lagi dana yang diumumkan Tengku Zafrul ketika pembentangan Belanjawan 2021 adalah Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF).

Kemudahan tersebut telah ditambah nilainya daripada RM300 juta kepada RM410 juta, dengan baki peruntukan yang tersedia sebanyak RM200 juta.

Jelasnya, kemudahan MEF te­lah ditambah baik untuk me­ningkatkan akses perusahaan mikro kepada kredit yang me­rangkumi individu bekerja sendiri, pekerja sambilan yang menggunakan platform digital dan peserta program iTEKAD.

“Perusahaan mikro boleh mendapatkan pembiayaan untuk tujuan modal kerja dan perbelanjaan modal sehingga RM50,000 manakala kadar pembiayaan akan ditetapkan oleh ins­titusi kewangan peserta.

“Bagi MEF, perusahaan mikro yang berminat boleh memohon terus kepada institusi kewangan di bawah Skim Pembiayaan Mikro, juga bermula 1 Di­sember ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI