fbpx

Pejabat MBSP giat disanitasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejabat MBSP di Bandar Perda, Bukit Mertajam disanitasi hari ini.

SEBERANG PERAI – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) giat menjalankan kerja-kerja sanitasi di dalam dan luar pejabat Menara Bandaraya di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini susulan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19 semalam.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud, berkata seramai 34 orang pasukan Covid-19 dari
Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MBSP melakukan kerja-kerja berkenaan.

“Selain itu, Wira Oren (pekerja pembersihan MBSP) juga ditugaskan untuk membuat sanitasi di semua permukaan yang selalu disentuh oleh pengunjung.

“Orang awam yang berurusan dengan MBSP juga tidak perlu perlu bimbang kerana keselamatan anda adalah menjadi keutamaan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau pagi tadi mengesahkan terdapat seorang kakitanganya dijangkiti Covid-19 semalam selepas dimasukkan ke sebuah hospital kelmarin.

Pejabat beberapa jabatan ditutup bagi proses sanitasi, manakala sebahagian kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit turut diarahkan bekerja dari rumah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI