fbpx

Netizen marah juri menangkan Rookie bukan Aina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA ABDUL

SEPERTI biasa, setiap kali rancangan Vokal Mania bersiaran, pasti ada cerita-baru yang menjadi tumpuan.

Kalau tidak yang baik-baik, pasti ada cerita negatif.

ZAREEF

Terbaharu, netizen meluahkan rasa bengang terhadap salah seorang juri tetap Vokal Mania iaitu Yusry Abd. Halim yang dikatakan tidak bijak memi­lih pemenang.

Hal tersebut timbul selepas Yusry memilih Rookie iaitu Zareef Yusof sebagai pemenang bagi pusingan Battle bersama Aina Abdul pada konsert mingguan Ahad lalu.

Menurut warga maya, kekalahan Aina dianggap tidak adil kerana dia membuat persembahan secara virtual ekoran menjalani tempoh kuarantin.

Netizen naik marah kerana masing-masing menyifatkan persembahan Zareef pada malam tersebut tidak sebagus mana tetapi diangkat sebagai pemenang.

Ada yang mengatakan juri terlalu memberi peluang kepada Rookie walaupun persembahan mereka tidak bagus.

Tidak dinafikan bahawa Aina memang memberi persembahan mantap, tetapi nasib tidak menyebelahinya sehingga kalah di tangan bakat baharu.

Bagi Mizz Lahar, apa kata netizen semua reda dengan kekalahan tersebut. Bak kata Daniel Chuer, terdapat Rookie yang memang berbakat besar dan sela­yaknya mendapat kemenangan.

MIZZ LAHAR: Ramai memuji bakat lakonan Scha Ellinea dalam drama Perempuan Tanpa Dosa. Netizen juga memohon agar dia kurangkan sikit imej seksinya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI