WASHINGTON – Angka kematian akibat koronavirus di Amerika Syarikat (AS) melepasi 2,700 orang sehari setakat semalam, kata Universiti John Hopkins.
Universiti berkenaan menyatakan, angka kematian dalam sehari itu adalah tertinggi di AS sejak April lepas.
Angka baharu 2,371 kematian itu menjadikan korban keseluruhan Covid-19 di AS meningkat kepada 273, 181 orang sejak pandemik bermula akhir tahun lalu.
‘Jumlah jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu pula adalah 195,121 orang,” kata pihak universiti berkenaan. – AFP