fbpx

Kroos dedah masalah Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KROOS mengakui Real berdepan masalah kekuatan mental menyebabkan mereka hilang keyakinan untuk memenangi perlawanan. – AFP

DONETSK – Pemain tengah berpengaruh Real Madrid, Toni Kroos mengakui pasukan itu berdepan masalah prestasi musim ini selepas tewas 0-2 kepada Shakhtar Donetsk pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Kekalahan tersebut me­nyaksikan Real kemungkinan berdepan penyingkiran daripada saingan berkenaan di peringkat kumpulan apabila sekadar mengumpul lima mata daripada lima perlawanan untuk berada di kedudukan ketiga.

Menurut Kroos, masalah kekuatan mental menjadi halangan paling utama Real gagal mempamerkan aksi terbaik.

“Segala-galanya serba tidak kena, kami berdepan kesukaran untuk menjaringkan gol musim ini.

“Ia bukan masalah fizikal. Saya berada dalam keadaan baik tetapi apabila anda kalah, semuanya dilihat sebagai negatif. Kami harus terus be­kerja dan mencari kemenangan pada aksi berikutnya.

“Jika anda mampu meraih kemenangan yang banyak, ia akan memberikan keyakinan berbanding jika anda tewas, itu perkara biasa.

“Sangat sukar buat kami untuk meninggalkan perlawanan ini dengan kekalahan 0-2. Ketika menentang Inter kami berjaya menjaringkan gol awal, di sini juga hampir sama tetapi jaringan itu tidak hadir.

“Apabila ketinggalan de­ngan satu gol, itu menjejaskan rentak. Ketika mereka menambah jaringan, kami hilang segala keyakinan dan tidak mampu untuk mengimbangi perlawanan. Kami cuba untuk mengubah keputusan itu tetapi tidak berjaya,” jelasnya.

Dalam pada itu, rakan sepa­sukan Kroos, Luka Modric me­ngakui masih enggan mengaku kalah dan percaya mereka mampu untuk bangkit mela­yakkan diri ke pusingan sete­rusnya.

“Masih ada perlawanan lagi selepas ini dan mungkin kami mampu untuk melakukan sesuatu bagi melayakkan diri,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI