KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melanjutkan konsesi penswastaan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) selama 10 tahun bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pelanjutan itu penting dan relevan bagi melindungi komoditi strategik khususnya beras sebagai makanan ruji rakyat Malaysia.
“Bernas diberikan hak selaku pengimport beras ke dalam negara berdasarkan kuota bagi menampung kekurangan pengeluaran dalam negara seperti yang ditetapkan kerajaan.
“Sebagai timbal balik, Bernas perlu melaksanakan obligasi sosial yang ditetapkan kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian konsesi antara kerajaan dan Bernas di Auditorium Tun Ahmad Sarji di Lembaga Pertubuhan Peladang di sini hari ini. – K! ONLINE