fbpx

Kena denda RM2,000 intai jiran mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas perbuatan mengintai jirannya yang sedang mandi di bilik air, pertengahan bulan lalu

Tertuduh, Chung Wai Yan, 24, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia melakukan perbuatan itu terhadap jirannya di sebuah kediaman di Taman Setia Indah, di sini pada pukul 7.15 pagi, 13 November lalu.

Atas kesalahan itu, dia telah didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum lima tahu atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Bennedict Choong Kai Qi manakala tertuduh diwakili peguam bela, Jihhad Syahida Nadia Zakaria.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu, mangsa yang berusia 23 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pada 17 November lalu.

Berdasarkan laporan tersebut, mangsa menyedari dirinya diintai selepas mengesan terdapat pergerakan orang di tingkap tandas yang terbuka.

“Mangsa yang baru menyewa di kediaman tersebut selama kira-kira dua bulan turut memaklumkan perkara itu merupakan kali kedua ia berlaku.

“Bagi membuka dakwaannya, mangsa telah merakam pergerakan suspek namun wajahnya tidak begitu jelas kelihatan,” tambahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI