fbpx

IU menderita akibat imsomnia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IU

PENYANYI popular IU mengakui sebuah lagunya yang berjudul Knees ditulis berdasarkan pengalaman sendiri melalui kehidupan orang dewasa yang sukar tidur pada waktu malam.

IU mengibaratkan dirinya sedang dan sentiasa berkawal daripada sesuatu setiap kali malam menjelma sehingga membuatkan dirinya sukar melelapkan mata.

“Itu penjelasan ringkas yang pihak hospital gambarkan tentang penyakit imsomnia. Saya tidak boleh tidur sebab saya sedang mengawal keadaan daripada berlaku sesuatu kejadian tidak diingini,” katanya.

Dedah penyanyi itu lagi, dalam masa tiga hari, dia dapat tidur dengan nyenyak mungkin sehari sahaja.

“Rutin tidur saya semakin teruk jika musim berubah. Selepas peralihan musim panas ke musim luruh, imsomnia saya semakin memburuk.

“Meskipun saya bersenam untuk tempoh lama pada waktu siang, saya tetap tidak dapat tidur pada malam hari. Mungkin kerana kesibukan kerja, jadual tidur saya terganggu.

“Pernah juga, saya terus bangkit dan segera bersiap untuk mula bekerja sejurus selepas membuka mata. Jika saya tidur dengan nyenyak, sangat sukar untuk bangun pada keesokan hari,” ujarnya yang mula mengalami imsomnia sejak berusia 20 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI