fbpx

Grosjean mahu beraksi di perlumbaan terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GROSJEAN yang terlepas aksi GP Sakhir hujung minggu ini berhasrat untuk turun beraksi pada GP Abu Dhabi nanti. - AFP

MANAMA – Pelumba pasukan Haas, Romain Grosjean mengakui dirinya bagai dilahirkan semula selepas terselamat daripada maut ketika menyaksikan jentera yang dipandu terbakar sewaktu mengalami kemalangan pada Grand Prix (GP) Bahrain, Ahad lepas.

Kata Grosjean, tempoh selama 30 saat berada dalam api yang marak cukup menginsafkannya, selain mengakui wajah anak-anak menjadi punca dia berjaya keluar daripada jentera walaupun api marak membakar kokpit.

“Saya akui sangat lega apabila diberi peluang untuk hidup sekali lagi tanpa kecederaan serius. Namun, tidak dinafikan bahawa kemalangan tersebut telah menyedarkan saya tentang banyak perkara.

“Antaranya adalah wajah-wajah yang saya sayangi seperti isteri dan anak-anak yang sentiasa bermain di fikiran. Apa yang pasti, saya kini percaya bahawa keajaiban bukanlah perkara mustahil walaupun ia telah berlaku ketika era Nicki Lauda sebelum ini,” katanya.

Mengulas lanjut, pelumba antarabangsa kelahiran Perancis itu meletakkan harapan tinggi untuk bersaing buat kali terakhir bersama pasukan Haas pada perlumbaan penutup tirai Formula Satu (F1) musim ini di GP Abu Dhabi minggu depan.

“Saya tidak mahu karier F1 saya berakhir dengan kea­daan seperti ini dan saya sangat berharap diberi peluang untuk me­ngucapkan selamat tinggal kepada Haas pada perlumbaan terakhir di GP Abu Dhabi minggu depan,” katanya.

Sebagai rekod, posisi Grosjean untuk saingan perlumbaan GP Sakhir pada minggu ini telah digantikan dengan pelumba muda daripada Brazil, Pietro Fittipaldi.

Kontrak Grosjean bersama Haas yang berakhir pada musim ini tidak disambung kerana pasukan itu dilaporkan mahu menandatangani khidmat dua pelumba muda, Nikita Mazepin dan Mick Schumacher. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI