PETALING JAYA – Sebanyak dua daripada 35 tapak binaan yang diperiksa anggota penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia (CIDB) semalam didapati tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu, mereka telah diberi amaran oleh pasukan penguat kuasa berkenaan.
Katanya, sejak 20 April hingga 2 Disember 2020, sebanyak 13,736 jumlah pemeriksaan telah dilakukan oleh anggota penguatkuasa CIDB yang melibatkan 7,917 tapak binaan di seluruh negara.
“Semalam, anggota penguat kuasa CIDB telah membuat pemeriksaan di 35 tapak binaan
di seluruh negara.
“Daripada jumlah itu, 33 tapak pembinaan mematuhi SOP yang telah ditetapkan, manakala dua tapak tidak patuh dan telah diberi amaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE