fbpx

Daging ayam biorektor: Kerajaan dapatkan pandangan Mufti Singapura 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (tengah) menyampaikan surat pelantikan kepada Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, Anas Ahmad Shukri (kanan) pada Majlis Penyerahan Surat Lantikan kepada 52 Pegawai Penyelidik Baharu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menerusi Jabatan Perdana  Menteri (Hal Ehwal  Agama) akan  mendapatkan  pandangan dari Mufti Singapura berkenaan  penggunaan  daging  ayam  yang  dihasilkan  melalui  biorektor bagi kegunaan umat Islam di Malaysia.

Menterinya, Datuk  Seri Zulkifli  Mohamad  Al Bakri  berkata, pihaknya  akan  menghantar  wakil  dari  Jabatan  Kemajuan  Islam Malaysia  (Jakim) untuk  mendapatkan  pandangan dan  penjelasan dari  pejabat mufti di  republik  itu.

Katanya, memandangkan perkara itu  masih  baharu, pihaknya akan meneliti dan membincangkan terlebih  dahulu  sebelum  mengeluarkan  fatwa  sama ada  ayam  berkenaan boleh  digunakan oleh  umat  Islam  di  negara  ini.

“Hal ini (daging ayam melalui biorektor) berlaku di Singapura, jadi kita dapatkan penjelasan  daripada Mufti  Singapura kerana pihaknya lebih mengetahui kerana berlaku di tempat mereka.

“Selepas itu, kita  akan  bincang  secara  menyeluruh. Mungkin perkara tersebut tidak merubah maksud ayam itu sendiri. Jadi kemudian kita rujuk Majlis  Fatwa  Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis  Penyerahan  Surat  Pelantikan  kepada  Pegawai  Penyelidik  Pejabat  Mufti  Wilayah  Persekutuan di sini hari ini.

Turut hadir, Mufti  Wilayah  Persekutuan, Dr  Luqman  Abdullah dan  Timbalannya, Jamali  Mohd. Adnan.

Pada masa sama, Zulkifli  memaklumkan Jakim akan mengeluarkan  kenyataan  rasmi berhubung rampasan  daging  dipercayai  tidak  halal  di sebuah stor di  Senai, Johor oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) baru -baru  ini.

Beliau berkata, pihaknya  tidak  boleh  memberi  sebarang  kenyataan  berhubung  perkara  itu  kerana masih  belum  menerima  maklumat  lanjut  berhubung  perkara tersebut.

“Jakim akan sentiasa membuat pemantauan  dan  kerjasama dengan kerajaan  negeri bagi  memberi  kesedaran berkenaan penggunaan  barangan  halal,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI